Pemohon yang bercadang untuk mendapatkan kebenaran mendirikan rumah kampung di dalam Rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan seperti senarai semak.
Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan permohonan perlu disertakan bersekali dengan plan lokasi, pelan rumah, salinan kad pengenalan pemohon, salinan sijil lahir pemohon dan surat akuan ketua kampung yang dilantik sebagai pemegang amanah kampung rizab berkaitan.
Pemohon perlu menghantar borang yang telah dilengkapkan di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Anak Negeri akan membuat lawatan ke tapak yang dipohon untuk memastikan tapak rumah tersebut berada di dalam kawasan rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
Surat kebenaran untuk mendirikan rumah kampung akan diserahkan kepada pemohon untuk diserahkan dengan pihak berkuasa tempatan.
PINDAH MILIK RUMAH
Pemohon yang bercadang untuk mendapatkan kebenaran pindah milik rumah kampung di dalam rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan seperti senarai semak.
Pemohon perlu mengemukakan pelan lokasi rumah, gambar depan rumah berserta dengan nombor rumah, surat akuan ketua kampung selaku pemegang amanah, surat kebenaran pindah milik rumah daripada pemilik asal, salinan sijil mati, dan salinan kad pengenalan pemilik baru.
Pemohon perlu menghantar borang yang telah dilengkapkan serta dokumen diperlukan di Mahkamah Anak Negeri WIlayah Persekutuan Labuan.
Ketua Anak Negeri selaku pemegang amanah akan membuat lawatan ke rumah berkaitan untuk memastikan rumah tersebut berada di dalam kawasan rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
Surat kebenaran untuk pindah milik rumah kampung di dalam rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan diserahkan kepada pemohon untuk diserahkan dengan pihak berkuasa tempatan.
PEMBESARAN RUMAH
Pemohon yang bercadang untuk mendapatkan kebenaran membesarkan rumah- rumah kampung di dalam rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang seperti senarai semak.
Pemohon perlu mengemukakan pelan rumah yang baru dan surat kebenaran serta surat akuan daripada ketua kampung selaku pemegang amanah kampung rizab tersebut.
Surat kebenaran untuk pembesaran rumah kampung di dalam rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.