PENGESAHAN TAKRIF ANAK NEGERI

PERMOHONAN TAKRIF ANAK NEGERI
  1. Pemohon yang ingin mendapatkan Pengesahan Takrif Anak Negeri di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan seperti senarai semak.
  2. Borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon dan mengemukakan dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Sijil Kelahiran / Cabutan Daftar Kelahiran yang diperakui sah
    • Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa pemohon
    • Salinan Sijil Kelahiran / Cabutan Daftar Kelahiran yang diperakui sah ibu/bapa pemohon
    • Salinan Sijil Kahwin / Nikah ibu/bapa pemohon
    • Salinan Sijil Mati / Cabutan Daftar Kematian yang diperakui sah ibu/bapa pemohon
    • Salinan Sijil Anak Negeri ibu/bapa dan pemohon (jika ada)
  1. Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen diperlukan ke Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan 
  2. Surat Pengesahan Takrif Anak Negeri akan dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan kepada pemohon yang layak sahaja.
  3. Surat Pengesahan Takrif Anak Negeri yang telah siap dan ditandatangani akan diserahkan kepada pemohon.
Skip to content