PERKAHWINAN

PERJANJIAN PERTUNANGAN
  1. Pasangan yang ingin melangsungkan pertunangan perlu memohon kepada Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan melengkapkan borang seperti senarai semak.
  2. Pasangan yang akan bertunang perlu membuat Surat Akuan Bersumpah di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 sebagai bukti dan pengesahan bujang.
  3. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap borang permohonan tersebut serta mengemukakan dokumen pengenalan diri pasangan yang bertunang, saksi- saksi utama pihak lelaki dan pihak perempuan beserta dengan Surat Akuan Bersumpah.
  4. Pemohon dikehendaki untuk menetapkan tarikh masa, dan tempat majlis pertunangan dilangsungkan di dalam borang permohonan tersebut. Setelah selesai diisi dengan lengkap pemohon diarahkan untuk menyerahkan borang tersebut secara atas talian.
  5. Pemohon dikehendaki untuk muat naik turun Borang Perjanjian Pertunangan di dalam Sistem Perkahwinan Adat Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan mencetaknya dalam 3 salinan.
  6. Borang Perjanjian Pertunangan yang telahpun dicetak oleh pemohon perlu dibawa ketika majlis pertunangan dilangsungkan dan wajib diisi dengan lengkap dalam 3 salinan.
  7. Setelah persetujuan dicapai dalam rundingan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan berkaitan dengan perihal isi kandungan Perjanjian Pertunangan semasa majlis dilangsungkan maka kedua pasangan bertunang berserta saksi-saksi utama perlu menandatangani borang tersebut. Ketua Anak Negeri akan mengesahkan perjanjian tersebut dengan menandatangani serta  menurunkan cop rasmi Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
  8. Borang Perjanjian Pertunangan tersebut akan diserahkan kepada pihak lelaki dan perempuan juga kepada Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
PERKAHWINAN ADAT
  1. Pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan secara adat di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu melengkapkan borang seperti senarai semak.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap borang permohonan tersebut serta wajib mengemukakan dokumen pengenalan diri pasangan yang akan berkahwin, saksi-saksi utama pihak lelaki dan pihak perempuan berserta dengan Borang Perjanjian Pertunangan.
  3. Pemohon dikehendaki untuk menetapkan tarikh, masa dan tempat majlis perkahwinan dilangsungkan di dalam borang permohonan tersebut. Setelah selesai diisi dengan lengkap pemohon diarahkan untuk menyerahkan borang tersebut ke Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
  4. Ketua Anak Negeri akan memastikan segala perihal butiran di dalam Borang Perjanjian Pertunangan tersebut telahpun dipatuhi sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
  5. Sijil Kahwin Adat akan dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan merujuk Seksyen 5(3), Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1953 dan diserahkan kepada pasangan yang berkahwin.
PERCERAIAN
  1. Pasangan yang bercadang untuk memfailkan kes perceraian di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan seperti senarai semak.
  2. Pemohon dikehendaki untuk menetapkan tarikh dan masa di dalam borang permohonan tersebut setelah selesai diisi dengan lengkap pemohon diarahkan untuk menyerahkan borang tersebut ke Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
  3. Suami / isteri yang memfailkan kes perceraian tersebut akan dipanggil oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan untuk tujuan siasatan dan mengenalpasti punca permasalahan.
  4. Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan mengeluarkan satu surat panggilan kepada defendan untuk hadir ke Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan bagi sesi siasatan dan mengenalpasti pertuduhan yang difailkan oleh plaintif.
  5. Jika defendan tidak bersetuju untuk melanjutkan kes perceraian maka tuntutan kes cerai akan dipindahkan ke Bahagian Khidmat Nasihat dan Jururunding keluarga.
  6. Jika defendan bersetuju untuk melanjutkan kes perceraian maka Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan memberikan tempoh 3 bulan pemisahan sementara untuk memberi ruang dan peluang kepada kedua pasangan untuk berfikir.
  7. Setelah tamat tempoh 3 bulan iaitu tempoh bertenang yang diberikan oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan kedua pasangan masih ingin melanjutkan kes perceraian tersebut maka mahkamah akan meneliti kes tersebut dan jika sekiranya perlu, mahkamah akan mengeluarkan sijil cerai selepas kedua pasangan mengemukakan surat akuan bersumpah bersetuju bercerai secara damai.
Skip to content