Sentiasa Menjaga dan Melindungi Hak Kepentingan Anak Negeri (Native) Di W.P. Labuan
Memperkasa dan Mengendalikan Pengurusan Mahkamah Anak Negeri yang Cekap, Amanah dan Saksama Berlandaskan Sistem Undang-Undang Adat Istiadat Mengikut Secara Lebih Praktikal dan Munasabah.
MISI
Memartabatkan Mahkamah Anak Negeri ke Suatu Landasan Mahkamah Yang Disanjung Tinggi atau Bertaraf Tinggi Pada Tahun Wawasan 2020 Ke Arah Agenda Tranformasi Negara.
VISI
Peranan yang dimainkan oleh pejabat ini, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai sebuah jabatan yang mengurus, membantu dan berfungsi sebagai satu institusi undang-undang adat istiadat serta tradisi terutamanya kaum bumiputera (Native) Wilayah Persekutuan.
Melaksanakan dan menegakan sistem bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri yang diperuntukkan oleh Undang-Undang di bawah perintah kerajaan.
Mengutamakan keberkesanan dalam strategik dari segi pengamalan serta keharmonian dan perkara pentadbiran cekap dan amanah.
FUNGSI
Memartabatkan sistem keadilan bagi suku kaum anak negeri (native) dan pengurusan Mahkamah Anak Negeri yang cekap untuk kepentingan Anak Negeri yang berbilang suku kaum / adat di Labuan / Sabah.
Melaksanakan sistem keadilan anak negeri dan cekap berlandaskan peruntukan undang-undang tradisi (adat) secara lebih praktikal serta menyeluruh. Menegakan undang-undang anak negeri, masalah sosial, adat isitadat, jurudiksi dan prosidur Mahkamah Anak Negeri.
Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Hakim Mahkamah Anak Negeri.
Ke arah penglibatan dan peranan dalam agenda tranformasi Negara.
Memperkasa ilmu undang-undang adat dan budaya anak negeri serta memperkasa nilai-nilai profesionalisma peranan dalam memantapkan undang-undang dan tugas-tugas di Mahkamah Anak Negeri.