10 APRIL 2026 – Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (MANWPL) telah menerima lawatan kerja bagi tujuan semakan dan audit pengurusan personel MySTEP daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri (BKP, JPM).
Sesi audit ini bertujuan untuk mengkaji semula keberkesanan penempatan, urusan perkhidmatan, serta pematuhan prosedur pengambilan kakitangan di bawah skim MySTEP yang bertugas di MANWPL.
Delegasi semakan dari BKP, JPM ini terdiri daripada:
-
Encik Mohd Alwi bin Mohd Mustafa – Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Perkhidmatan.
-
Encik Mohd Nor Zaidi bin Mat Nazir – Penolong Setiausaha, Unit Penempatan, Pertukaran dan Pengambilan.
-
Encik Amirul Affiq bin Amran – Penolong Pegawai Tadbir, Unit Penempatan, Pertukaran dan Pengambilan.
Sepanjang sesi ini berlangsung, pihak delegasi telah melakukan semakan terhadap fail-fail perkhidmatan serta memberikan khidmat nasihat berkaitan tatacara pengurusan personel yang lebih sistematik selaras dengan pekeliling semasa.
Pihak MANWPL merakamkan penghargaan atas bimbingan dan teguran membina yang diberikan oleh barisan pegawai dari BKP, JPM. Hasil daripada audit ini amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran sumber manusia di jabatan ini sentiasa berada pada tahap integriti yang tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri.




