02 MAC 2026 – Pejabat Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (MANWPL) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.

Ketibaan beliau pada jam 10.00 pagi turut diiringi oleh rombongan delegasi dari Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Telupid yang diketuai oleh Encik Lislie Masuil.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk:

  • Pertukaran Pengetahuan : Berkongsi pengalaman serta amalan terbaik antara MAN Telupid dan MAN Labuan dalam memperkasakan tadbir urus mahkamah adat.

  • Mengeratkan Jalinan Kerjasama: Memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama strategik antara institusi Mahkamah Anak Negeri di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Sesi Dialog Strategik: Sesi perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan MANWPL bagi membincangkan aspek-aspek pengurusan serta cabaran sistem kehakiman adat di peringkat lapangan.

Seluruh warga kerja MANWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum dan delegasi MAN Telupid kerana memilih MAN Labuan sebagai destinasi lawatan kerja. Semoga jalinan kerjasama ini memberikan manfaat besar kepada kedua-dua belah pihak dalam memartabatkan institusi Anak Negeri.

Skip to content