« of 9 »

Kursus Pengukuhan Tatakelola, Integriti & Mengimbangi Kesejahteraan Kesihatan Mental (Work Life Fit) telah lengkap dijalankan pada 29 sehingga 31 Mei 2025 di Tiara Hotel Labuan, Labuan. Kursus ini telah dikelola oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan sendiri dan telah dihadiri oleh kakitangan kerajaan yang terlibat. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah-penceramah jemputan iaitu Mohd. Faisal bin Idris (Unit Psikologi), Pn. Suriati binti Sukardi (Unit Integriti), Pn. Noridah binti Nulhassan (Unit Jabatan Audit ) dan Dr. Wan Nurayunee binti Wan Zulkifli (Unit Psikologi).

Objektif penganjuran Kursus Pengukuhan Tatakelola, Integriti & Mengimbangi Kesejahteraan Kesihatan Mental (Work Life Fit) Siri Labuan ini  adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan dalam pengurusan mental dan emosi bagi mengelakkan diri daripada kemurungan khususnya ketika berada di tempat kerja.

Ini telah menjadikan satu usaha strategik yang dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada penjawat awam mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta juga akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi. 

Selain itu, melalui kursus ini beliau juga menekankan kepentingan untuk melihat kepada faktor utama yang menyumbang kepada masalah mental dan emosi iaitu berkaitan krisis kewangan, tiada pekerjaan, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dan persekitaran. Hal ini akan memberi impak kepada kehidupan seseorang sehingga mengganggu kesejahteraan mental dan emosi yang seterusnya mampu mempengaruhi kualiti kerja harian.

Sepanjang kursus, penceramah jemputan telah memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan awam tentang faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan emosi seseorang serta kesan yang terjadi akibat gangguan tersebut. Penceramah turut berkongsi kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kesihatan mental dan emosi ini dengan rujukan kepada pakar, sokongan daripada orang sekeliling dan pengurusan secara kendiri.

 

 

Skip to content