Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang telah lengkap dijalankan pada 25 April 2025 di Hotel Aifa, Labuan. Kursus ini telah dikelola oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan sendiri dan telah dipimpin oleh Puan Dulce Majawit iaitu seorang pegawai daripada Pejabat Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
Penganjuran Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri Labuan yang diadakan baru-baru ini menjadi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa. Beliau turut berkata bahawa, ketua adat di negeri ini juga diharap dapat berperanan sebagai agen perubahan yang mampu memacu kemajuan dan keharmonian komuniti.
Dengan kejayaan kursus ini, sudah pasti yang kita harapkan ialah setiap ketua adat mendapat pencerahan yang terkini berhubung dengan usaha-usaha untuk memperkasa Mahmakah Anak Negeri (MAN) dan jawatankuasa yang terlibat ini sangat penting. Ramai juga para pegawai daripada Pejabat Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah telah menjelajah seluruh negeri Sabah termasuk Labuan untuk memberikan kefahaman dan usaha untuk memperkasakan lagi MAN di daerah-daerah tersebut.
Justeru itu, usaha yang sangat bagus dan dapat memberikan impak yang baik kepada pimpinan masyarakat di daerah ketua anak negeri, wakil ketua negeri, ketua-ketua kampung dan mereka yang terlibat. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri Labuan di Hotel Aifa, Labuan. Bahkan, kursus ini bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa.
Katanya, peranan ketua adat kini menuntut pendekatan lebih dinamik serta penguasaan terhadap ilmu pentadbiran, undang-undang, komunikasi dan teknologi seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus masyarakat luar bandar secara holistik dan mampan.
Kursus anjuran Mahkamah Anak Negeri Labuan ini juga disifatkan sebagai medan terbaik untuk memperkasa ketua-ketua adat dalam memahami keperluan semasa tanpa mengabaikan khazanah budaya yang diwarisi. Beliau menyeru agar seluruh ketua adat di negeri ini terus memperjuangkan kelestarian adat resam serta memperkukuh institusi adat agar terus utuh dan dihormati oleh generasi akan datang.