Perkahwinan mahkamah anak negeri wilayah persekutuan labuan di bawah sek. 5 (3) ordinan mahkamah anak negeri 1953 oleh ketua anak negeri di bawah sek. 4 (1) ordinan mahkamah anak negeri 1953

Perkahwinan MANL | Adat Anak Negeri Kadazan | 17 Mac 2024

Ahad, 17 Mac 2024, Encik Macmarcel Joseph Motunggi dengan pasangan pilihan hatinya Cik Jenelyn Rosco Masong kini sah bergelar suami isteri apabila selamat melangsungkan perkahwinan menurut adat Kadazan di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut Adat Istiadat Anak Negeri Bangsa Kadazan turut disaksikan oleh saksi-saksi yang hadir daripada kedua belah pihak.

Masyarakat Kadazan Dusun tradisional yang lahir dalam budaya kolektif membina perjalanan hidup dalam lingkaran adat istiadat tersendiri. Perkahwinan merupakan salah satu perjalanan hidup yang panjang bagi kedua-dua mempelai dan semestinya perkahwinan tersebut diraikan dengan penuh adat istiadat. Masyarakat Kadazan Dusun mempercayai bahawa perkahwinan itu adalah suatu yang sakral. Justeru, kesakralannya harus dijalankan menurut adat istiadat turun-temurun bagi memastikan kehidupan berumah tangga itu membawa kesejahteraan kepada semua pihak baik kepada pasangan yang berkahwin mahu kepada ahli keluarga kedua-dua belah pasangan tersebut. Perkahwinan beradat juga perlu dipancarkan kepada komuniti sekitar bagi mengelakkan sebarang ‘kepanasan’.

Oleh yang demikian, Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan memfokuskan dalam adat ‘miohon do pinisi’ atau bertukar nasi kepal bagi menyerlahkan kesakralan perkahwinan masyarakat Kadazan Dusun pada majlis tersebut dilangsungkan. Upacara bertukar nasi kepal di antara kedua mempelai dilangsungkan dalam majlis tersebut  agar dapat membantu meningkatkan kefahaman silang budaya dalam masyarakat Kadazan Dusun di Wilayah Petrsekutuan Labuan.

Skip to content