Rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan di bawah sek. 78, Ordinan Tanah Sabah (CAP. 68), P.U. (A) 291 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984

Lawatan Rumah | No. 238 [No. NMR-123/80/18 Kg Patau-Patau Satu | 07 Mac 2024

Khamis, 07 Mac 2024 Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah membuat lawatan kerja ke Rizab Anak Negeri Kampung Patau-Patau Satu bagi proses kerja pindah milik rumah kampung. Lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Anak Negeri, Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan selaku pemegang amanah Rizab Anak Negeri Kampung Patau-Patau Satu. Rumah kampung No. PP 0144 dibina dalam kawasan Kampung Patau-Patau Satu, kampung tersebut adalah salah satu kampung daripada 4 buah kampung di Wilayah Persekutuan Labuan yang diwartakan di bawah perkara (1), (2) dan (3) sek. 78, Ordinan Tanah (cap. 68) sebagaimana yang diubahsuai oleh P.U. (A) 291 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984 kawasan perkampungan Kampung Patau-Patau Satu diwartakan sebagai Rizab Bumiputera dan perkampungan Rizab Bumiputera Kampung Patau-Patau Satu diwartakan bagi maksud-maksud kediaman tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Jadual No. 238 [No. NMR-123/80/18]

Skip to content