« of 2 »

Rizab Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan di bawah sek. 78, Ordinan Tanah Sabah (CAP. 68), P.U. (A) 291 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984

Lawatan Rumah | No. 238 [No. NMR-123/80/18 Kg Patau-Patau Satu | 07 Mac 2024

Khamis, 07 Mac 2024 Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah membuat lawatan kerja ke Rizab Anak Negeri Kampung Patau-Patau Satu bagi proses kerja Ketua Anak Negeri sebagai pemegang amanah seperti dalam kandungan warta No.238 [No. NMR-123/80/18]. Lawatan kerja yang diketuai oleh Ketua Anak Negeri, Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan selaku pemegang amanah Rizab Anak Negeri Kampung Patau-Patau Satu. Rumah kampung milik Encik Ismail Bin Ag. Tengah dibina dalam kawasan Kampung Patau-Patau Satu dan seorang Bumiputera Kampung Patau-Patau Satu sepertimana yang disahkan oleh Ketua Kampung, Kampung Patau-Patau Satu yang dilantik, kampung tersebut adalah salah satu kampung daripada 4 buah kampung di Wilayah Persekutuan Labuan yang diwartakan di bawah perkara (1), (2) dan (3) sek. 78, Ordinan Tanah (cap. 68) sebagaimana yang diubahsuai oleh P.U. (A) 291 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984 kawasan perkampungan Kampung Patau-Patau Satu diwartakan sebagai Rizab Bumiputera dan perkampungan Rizab Bumiputera Kampung Patau-Patau Satu diwartakan bagi maksud-maksud kediaman tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Jadual No. 238 [No. NMR-123/80/18]

Skip to content