LATAR BELAKANG & SEJARAH
SEJARAH
MAHKAMAH ANAK NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Mahkamah Anak Negeri merupakan Institusi Undang-Undang Adat yang telah lama wujud di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Suku Kaum Bumiputera di Sabah mempunyai pelbagai adat istiadat dan pantang larang tertentu dan Mahkamah Anak Negeri berfungsi sebagai institusi undang-undang tradisi yang dijadikan tempat untuk membicarakan serta menghukum dan mengenakan denda (Sogit) terhadap seseorang yang melakukan perbuatan menyalahi etika dan adab sopan serta masalah yang berkaitan dengan kaum mereka.


Adat istiadat Bumiputera merupakan suatu nilai dan peraturan warisan tidak bertulis yang mesti dipatuhi oleh ahli masyarakat berkaitan untuk memelihara keharmonian sesuatu tempat Peraturan yang diwarisi dari nenek moyang mereka ini telah diamalkan sejah turun temurun.
Pihak memerintah sejak Zaman Colonial (sejak tahun 1881) telah menyedari adat istiadat tempatan ini sebagai suatu nilai yang patut dihormati dan telah mengiktiraf kewujudan institusi undang-undang tradisional ini sebagai suatu yang boleh menyumbang kepada keamanan negeri, Akibatnya undang-undang “The Native Courts Ordinance (Sabah Cap 86)” pada 13 February 1953 diwujudkan dengan penubuhan institusi Mahkamah Anak Negeri di setiap daerah di Sabah termasuk Labuan bagi membolehkan sistem perundangan tradisi ini dilaksanakan secara lebih praktikal dan menyeluruh.
Sebelum Labuan diisytiharkan menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada 16.4.1984, Mahkamah Anak Negeri Labuan adalah salah satu institusi yang diwarisi dari pentadbiran pemerintahan kerajaan Negeri Sabah telah dikajiselidik oleh Jabatan Perdana Menteri dan diteruskan di bawah pentabiran Persekutuan hingga ke hari ini dan semua jabatan yang wujud di Mahkamah Anak Negeri dikekalkan dan penjawat yang ada semasa Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan telah diaturkan secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Berikutan dengan itu pengubahsuaian “Native Court Ordinance (Sabah Cap 86)” melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 20 1984 Yang Diwartakan P.U.(A) 170 dan P.U.(A)171 bertarikh 197 Mei 1984 untuk di bawa bersekali.


Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan pada mulanya selepas menjadi Wilayah Persekutuan pada 16.04,1984 adalah sama dengan bidang kuasa yang ada pada Mahkamah Anak Negeri di Negeri Sabah yang diperuntukkan oleh Undang-Undang seperti berikut:-
a. Native Court Ordinance (Sabah Cap 86) 1953 diterima pakai dengan dibaca bersekali Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 P.U. (A) 170 DAN P.U. (A) 171. Sebutan dalam Fasal (6) (b) Perkara 161 A Perlembagaan. Lihat Akta A585, Klaus (5) artikal 161 – Section 17,18 dan 19.
b. Interpretation (Definitaton of Native) Ordinance (Sabah Cap 84) 1952
c. The Adminstration of Native and Small Estates Ordinance 1941
d. Ordinance Anak Angkat, 1960 (No. 23/1960)
e. Undang-Undang Anak Angkat Mahkamah Anak Negeri (G.N.S.76 of 1961)
f. Peraturan Anak Angkat, 1961 (G.N.S. 76 of 1961)
g. Panduan Pendaftaran Anak Angkat Peruntukan Undang-Undang.