KHIDMAT NASIHAT

KHIDMAT NASIHAT JURURUNDING KELUARGA
  1. Pasangan yang bercadang untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Jururunding Keluarga di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan seperti senarai semak.
  2. Pemohon dikehendaki untuk menetapkan tarikh dan masa di dalam borang permohonan tersebut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi diserahkan kepada Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan berserta dokumen pengenalan diri dan sijil kahwin.
  3. Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan memanggil kedua pasangan ke mahkamah untuk mengenalpasti permasalahan yang wujud dan seterusnya mencari jalan penyelesaian bagi membantu pasangan tersebut.
Skip to content