ANAK ANGKAT

PERMOHONAN ANAK ANGKAT
  1. Pemohon yang bercadang untuk mendapatkan khidmat tatacara pengangkatan anak angkat bagi Anak Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu mengisi borang permohonan berdasarkan senarai semak.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu diserahkan dengan cara memuat naik ke dalam Sistem Pembangunan Web & Portal MANL bersekali dengan dokumen seperti berikut yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara:
    • Surat Akuan Bersumpah ibu/bapa angkat
    • Surat Akuan Bersumpah ibu/bapa kandung
    • Surat Akuan Bersumpah ibu tunggal (ibu kandung)
    • Surat Akuan Bersumpah nenek kandung (*jika ibu tunggal bawah umur/ tidak berkahwin)
    • Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa angkat
    • Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa kandung
    • Salinan Kad Pengenalan nenek kandung
    • Salinan Surat Beranak ibu/bapa angkat
    • Salinan Surat Beranak ibu/bapa kandung
    • Salinan Surat Beranak nenek kandung
    • Salinan Surat Beranak bayi/anak yang diangkat
    • Salinan Sijil Kahwin / Nikah ibu/bapa angkat
    • Salinan Sijil Kahwin / Nikah ibu/bapa kandung
  3. Ketua Anak Negeri akan membuat lawatan sosial terhadap ibu/bapa angkat serta anak yang diangkat di kediaman pemohon.
  4. Setelah tempoh 6 bulan diberikan kepada ibu/bapa angkat serta anak yang diangkat, notis perbicaraan akan dikeluarkan dan dipaparkan pada papan kenyataan Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
  5. Ibu/bapa angkat akan diberikan borang 2 & 3 untuk dilengkapkan bagi tujuan proses pengangkatan.
  6. Setelah selesai perbicaraan dijalankan oleh Hakim Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, borang 4 & 5 dikeluarkan untuk perintah pengangkatan.
  7. Borang 4 & 5 akan diserahkan kepada ibu/bapa angkat untuk dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi proses seterusnya.
Skip to content