SOALAN LAZIM
- APAKAH FUNGSI DAN PERANAN MAHKAMAH ANAK NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN?
- Peranan yang dimainkan oleh pejabat ini, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai sebuah jabatan yang mengurus, membantu dan berfungsi sebagai satu institusi undang-undang adat istiadat serta tradisi terutamanya kaum bumiputera (Native) Wilayah Persekutuan.
- Melaksanakan dan menegakan sistem bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri yang diperuntukkan oleh Undang-Undang di bawah perintah kerajaan.
- Mengutamakan keberkesanan dalam strategik dari segi pengamalan serta keharmonian dan perkara pentadbiran cekap dan amanah.
- Sentiasa Menjaga dan Melindungi Hak Kepentingan Anak Negeri (Native) Di W.P. Labuan
- Memperkasa dan Mengendalikan Pengurusan Mahkamah Anak Negeri yang Cekap, Amanah dan Saksama Berlandaskan Sistem Undang-Undang Adat Istiadat Mengikut Secara Lebih Praktikal dan Munasabah.
2. APAKAH MAKSUD ANAK NEGERI DARI SUDUT PERUNDANGAN?
Perlembagan Persekutuan Malaysia 1963, Perkara 161A, Fasal (6) (b); “berhubung dengan Sabah, seseorang yang merupakan warganegara, ialah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.”
3. APAKAH PERBEZAAN ANTARA ISTILAH ANAK NEGERI DAN BUMIPUTERA?
Istilah Bumiputera merupakan istilah peringkat kebangsaan dan merupakan istilah secara umum yang mana merangkumi kaum Melayu di Semenanjung dan kaum Anak Negeri di Sabah dan Sarawak, akan tetapi Bumiputera Melayu di Semenanjung atau oirang asli di Semenanjung walaupun tergolong dalam istilah Bumiputera tidak semestinya layak diketegorikan sebagai Anak Negeri berdasarkan istilah atau konteksnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan seperti mana yang diperuntukan di bawah G.N.S 87/1965 Ordinan Interpretasi (Definasi Anak Negeri) Bab 64 Tahun 1963.
4. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKAHWINAN ADAT ISTIADAT?
Perkahwinan Adat Istiadat adalah satu perkahwinan bagi suku kaum Anak Negeri di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan perkahwinan ini hanya melibatkan pasangan bukan Islam. Perkahwinan Adat Istiadat serta Sijil Kahwin yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan adalah sah di sudut perundangan kerana ianya dilaksanakan merujuk Sek. 5 (3) Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1953.
5. TUNTUTAN WARIS YANG DILAKSANAKAN OLEH MAHKAMAH ANAK NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN?
- Menteri menetapkan 1 Februari 2011 sebagai tarikh penetapan berkuatkuasa P.U. (A) 20/2011 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955) Tahun 2011 di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada tarikh 1 Februari 2011, “The Administration of Native and Small Estates Ordinance (Sabah Cap. 1)” tidak lagi terpakai dari sudut perundangan setelah dibatalkan pemakaiannya di Wilayah Persekutuan Labuan.
- Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan hanya akan mengeluarkan surat pengesahan waris sahaja setelah menyemak bukti-bukti dan fakta yang dikemukakan oleh pemohon.
6. PENGANGKATAN ANAK ANGKAT MAHKAMAH ANAK NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN?
Setiap permohonan Pengangkatan Anak Angkat yang melibatkan Anak Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan adalah merujuk ADOPTION ORDINANCE 1960 (Sabah No. 23 of 1960), NATIVE COURT ADOPTION REGULATIONS, 1961 (G.N.S. 126 of 1961) dan ADOPTION RULES 1961 (G.N.S 76 of 1961).
7. RIZAB ANAK NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN?
1. Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai empat (4) buah kampung yang telah di rizabkan di bawah Sek. 78, Ordinan Tanah Sabah (Cap. 68), P.U. (A) 291/1984 Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984. Kampung-kampung tersebut telahpun diwartakan seperti berikut;
a). Kampung Patau -Patau Satu [ No. NMR. 123/80/18]
b). Kampung Patau-Patau Dua ( P.U. (B) 636 )
c). Kampung Ranca-Ranca Laut ( P.U. (B) 166 )
d). Kampung Bebuloh Laut ( P.U. (B) 450 )